Penduduk kampung menunjukkan kawasan yang menjalankan aktiviti mengaluarkan pasir dari sungai |
Kulim
Head: penduduk takut hilang mata pencarian
SERDANG- Penduduk di Kampung Kuala dan Air Puteh kembali resah apabila aktiviti kuari pasir di Sungai Ichong,Lubuk Buntar yang tidak diketahui status permitnya, kembali beroperasi selepas berehat beberapa ketika selepas dibantah oleh penduduk tempatan pada hujung Januari lepas.
Dalam tinjaun dibuat, terdapat beberapa mesin menyedut pasir berkuasa tinggi serta paip-paip di lokasi itu dan dipercayai digunakan bagi aktiviti kuari terlibat. Menurut salah seorang penduduk, Shahrul Rizal Mohd Sharif,30, aktiviti kuari itu tidak patut dijalankan disitu kerana ia merupakan tanah rizab dan penduduk telah membuat permohonan untuk mengusahakan tanah itu.
“Aktiviti kuari menganggu pengaliran air di sungai Ichong sekaligus menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan didiami penduduk. Sumber pendapatan sebahagian penduduk disekitar kawasan itu adalah dengan menjalankan aktiviti mencandit ( kelong ).
Apabila aktiviti membawa keluar pasir dijalankan, hidupan air mulai terjejas, ekoran sungai dicemari dengan kelodak tanah hasil. Penduduk meminta kerajaan PAS dapat memberhentikan terus aktiviti menyedut pasir ini, janganlah disebabkan hanya untuk sedikit wang royalti, penduduk kampung terpaksa menderita”katanya.
Menurutnya pihak terlibat seharusnya bertangung jawab dan datang untuk menerangkan status sebenar sebelum berlaku sebarang perlakuan yang ditidak di ingini kerana ia melibatkan mata pencarian penduduk kampung.
Caption
Penduduk kampung menunjukkan kawasan yang menjalankan aktiviti mengaluarkan pasir dari sungai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan