Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Hadzir Abdullah (kiri) membuat lawatan dan berjumpa dengan beberapa peniaga runcit yang bermasalah |
KULIM
Head: Bil Letrik RM6,211.55
SUNGAI ULAR- Seorang peniaga kedai runcit yang menjalankan perniagannya di Taman Sri Mahkota, Asmah Ahmad menyatakan rasa tidak puas hati terhadap bil TNB yang diterimanya berjumlah RM6,211.55. Menurtnya pada bulan Oktober 2010 dia telah menerima bil elektrik berjumlah RM262.85 dan telah di jelaskan.
Pada bulan November dan Disember, TNB tidak memberi sebarang bil kepadanya dan pada bulan January 2011 dia menerima penyata bil elektrik berjumlah RM456.50. Walau bagaimanapun, dia tidak membayar bil itu dan membiarkan ia tertunggak.
“Pada bulan 9 Februari 2011 saya telah menerima penyata bil elektrik dari TNB berjumlah RM6,211.55. Saya hairan mengapa bil saya terlalu tinggi sedangkan purata pengunaan dan bayaran bil setiap bulan tidak mencecah RM300. Walaupun saya tidak menjelaskan bil pada bulan januari, saya rasa bil yang tidak di poskan oleh TNB kepada saya pada bulan November dan Disember 2011 tidak mungkin mencecah ribuan ringgit sebulan.
Apa yang menjadi masalah, sepanjang lapan bulan saya berniaga disini, TNB tidak pernah menghantar mana-mana pegawainya untuk membaca meter yang ada di kedai sebaliknya saya hanya menerima bil yang di poskan. Sekiranya mereka tidak membaca meter, bagaimana mereka boleh mengaluarkan bil kepada saya”katanya.
Pada 2 Mac, TNB telah memotong bekalan elektrik kedainya dan ini mengakibatkan kebanyakan barangan disimpan dalam peti ais seperti minuman susu, ais krim dan makanan beku rosak. Sehingga kini bekalan elektrik yang dibekalkan ke kedainya telah dipotong lebih dari seminggu. Menurutnya dalam jangka masa pemotongan dibuat, dia telah mengalami kerugian lebih RM5,000.
Seorang lagi peniaga runcit, Raman Patchaiahppen berkata dia menerima bil lebih dari RM2,000 tetapi telah di jelaskan. Dia juga kecewa dengan sikap kakitangan TNB yang bersikap kurang sopan terhadapnya ketika datang ke pejabat syarikat itu untuk membuat pembayaran.
“Saya cuba meminta penjelasan dari pegawai TNB yang bertugas tentang bil elektrik kedai saya tetapi mereka bersikap kurang sopan terhadap saya. Salah seorang pegawai dengan angkuh berkata ‘jangan sembang pasal bil elektrik. Bayar sudah. Kalau nak minta kurang, satu sen pun kami tak akan bagi’ .
Saya cuba meminta kebenaran dari pegawai terlibat untuk berjumpa dengan pegawai atasan bertugas tetapi dia tidak membenarkannya. Saya hairan mengapa TNB hanya membuat anggaran terhadap bil elektrik kami. Mereka tidak pernah datang untuk membaca meter. Saya ingin tahu, apa yang TNB lakukan ini tidak salah di sisi undang-undang”katanya.
Caption
Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Hadzir Abdullah (kiri) membuat lawatan dan berjumpa dengan beberapa peniaga runcit yang bermasalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan