New Wave Of Leadership

Dato' Abd Aziz MENANG
BN Menang

BN Menang
Kedah SENANG

Isnin, 14 Mac 2011

Amaran berjaga-jaga hadapi banjir

Hadzir tengah membuat lawatan dan melihat paras air sungai yang semakin naik

KULIM
Head: Amaran berjaga-jaga hadapi banjir
SERDANG- Wakil Peribadi Kepada Penyalaras Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Hadzir Abdullah menasihatkan penduduk yang tinggal disekitar Sungai Krian terutama di kawasan Tebok Kelantan dan Permatang Kerat Telunjuk  di Bandar Baharu untuk berjaga-jaga kerana paras air di sungai itu semakin naik ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Dari tinjuan dibuat ladang Kelapa Sawit Kampung Baru Bagan Samak, beberapa batas ban yang menjadi penghadang kepada air sungai dari melimpah masuk ke kawasan ladang kelapa sawit mula merekah dan ada diantaranya runtuh. Selain itu kebanyakan jalan tanah merah yang ada di ladang kelapa sawit itu turut dinaiki air sedalam 15.2 sentimeter.
Sekiranya pencegahan dan perancangan awal tidak diambil, penduduk akan berhadapan dengan masalah apabila berlakunya banjir. Beliau tidak menafikan Bandar Baharu sering berhadapan dengan banjir setiap tahun.
Untuk memastikan penduduk tidak berada dalam keadaan cemas, UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu mengambil tindakan segera dengan membuat pemantauan terhadap beberapa kawasan berisiko tinggi.
“Dari pemeriksaan dibuat terhadap beberapa batas ban yang ada disepanjang kawasan Lubok Kelantan, saya mendapati ada diantaranya mula menunjukkan keretakkan serius. Selain itu ada diantaranya sudah dihakis arus sungai. Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan dengan seberapa segera saya kuatir ia akan runtuh dan air dari sungai Krian akan masuk ke kawasan ladang kelapa sawit.
Apabila ini berlaku lebih banyak kampung akan terlibat dan kerugian yang alami oleh mangsa banjir lebih banyak. Saya meminta kerjasama Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) untuk menambak semula beberapa batas ban yang bermasalah. Selain itu paras air sungai Krian semakin naik dan ia boleh melimpah pada bila-bila masa sahaja sekiranya hujan berterusan. Saya minta penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir mengambil langkah-langkah segera sekiranya paras air sungai terus naik”katanya.
Menurutnya UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu telah bersedia berhadapan dengan masalah banjir dan memberikan bantuan kepada semua mangsa terlibat. Sehingga kini Penyalaras Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir turut turun padang dan cuba mengatasi permasalahan berlaku.

Caption
Hadzir tengah membuat lawatan dan melihat paras air sungai yang semakin naik

Penduduk Takut Hilang Mata Pencarian

Penduduk kampung menunjukkan kawasan yang menjalankan aktiviti mengaluarkan pasir dari sungai



Kulim

Head: penduduk takut hilang mata pencarian

SERDANG- Penduduk di Kampung Kuala dan Air Puteh kembali resah apabila aktiviti kuari pasir di Sungai Ichong,Lubuk Buntar yang tidak diketahui status permitnya, kembali beroperasi selepas berehat beberapa ketika selepas dibantah oleh penduduk tempatan pada hujung Januari lepas.

Dalam tinjaun dibuat, terdapat beberapa mesin menyedut pasir berkuasa tinggi serta paip-paip di lokasi itu dan dipercayai digunakan bagi aktiviti kuari terlibat. Menurut salah seorang penduduk, Shahrul Rizal Mohd Sharif,30, aktiviti kuari itu tidak patut dijalankan disitu kerana ia merupakan tanah rizab dan penduduk telah membuat permohonan untuk mengusahakan tanah itu.

“Aktiviti kuari menganggu pengaliran air di sungai Ichong sekaligus menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan didiami penduduk. Sumber pendapatan sebahagian penduduk disekitar kawasan itu adalah dengan menjalankan aktiviti mencandit ( kelong ).

Apabila aktiviti membawa keluar pasir dijalankan,  hidupan air mulai terjejas, ekoran sungai dicemari dengan kelodak tanah hasil. Penduduk meminta kerajaan PAS dapat memberhentikan terus aktiviti menyedut pasir ini, janganlah disebabkan hanya untuk sedikit wang royalti, penduduk kampung terpaksa menderita”katanya.

Menurutnya pihak terlibat seharusnya bertangung jawab dan datang untuk menerangkan status sebenar sebelum berlaku sebarang perlakuan yang ditidak di ingini kerana ia melibatkan mata pencarian penduduk kampung.

Caption

Penduduk kampung menunjukkan kawasan yang menjalankan aktiviti mengaluarkan pasir dari sungai

Bil Letrik RM6,211.55

Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Hadzir Abdullah (kiri) membuat lawatan dan berjumpa dengan beberapa peniaga runcit yang bermasalah


KULIM
Head: Bil Letrik RM6,211.55
SUNGAI ULAR- Seorang peniaga kedai runcit yang menjalankan perniagannya di Taman Sri Mahkota, Asmah Ahmad menyatakan rasa tidak puas hati terhadap bil TNB yang diterimanya berjumlah RM6,211.55. Menurtnya pada bulan Oktober 2010 dia telah menerima bil elektrik berjumlah RM262.85 dan telah di jelaskan.
Pada bulan November dan Disember, TNB tidak memberi sebarang bil kepadanya dan pada bulan January 2011 dia menerima penyata bil elektrik berjumlah RM456.50. Walau bagaimanapun, dia tidak membayar bil itu dan membiarkan ia tertunggak.
“Pada bulan 9 Februari 2011 saya telah menerima penyata bil elektrik dari TNB berjumlah RM6,211.55. Saya hairan mengapa bil saya terlalu tinggi sedangkan purata pengunaan dan bayaran bil setiap bulan tidak mencecah RM300. Walaupun saya tidak menjelaskan bil pada bulan januari, saya rasa bil yang tidak di poskan oleh TNB kepada saya pada bulan November dan Disember 2011 tidak mungkin mencecah ribuan ringgit sebulan.
Apa yang menjadi masalah, sepanjang lapan bulan saya berniaga disini, TNB tidak pernah menghantar mana-mana pegawainya untuk membaca meter yang ada di kedai sebaliknya saya hanya menerima bil yang di poskan. Sekiranya mereka tidak membaca meter, bagaimana mereka boleh mengaluarkan bil kepada saya”katanya.
Pada 2 Mac, TNB telah memotong bekalan elektrik kedainya dan ini mengakibatkan kebanyakan barangan disimpan dalam peti ais seperti minuman susu, ais krim dan makanan beku rosak. Sehingga kini bekalan elektrik yang dibekalkan ke kedainya telah dipotong lebih dari seminggu. Menurutnya dalam jangka masa pemotongan dibuat, dia telah mengalami kerugian lebih RM5,000.
Seorang lagi peniaga runcit, Raman Patchaiahppen berkata dia menerima bil lebih dari RM2,000 tetapi telah di jelaskan. Dia juga kecewa dengan sikap kakitangan TNB yang bersikap kurang sopan terhadapnya ketika datang ke pejabat syarikat itu untuk membuat pembayaran.
“Saya cuba meminta penjelasan dari pegawai TNB yang bertugas tentang bil elektrik kedai saya tetapi mereka bersikap kurang sopan terhadap saya. Salah seorang pegawai dengan angkuh berkata ‘jangan sembang pasal bil elektrik. Bayar sudah. Kalau nak minta kurang, satu sen pun kami tak akan bagi’ .
Saya cuba meminta kebenaran dari pegawai terlibat untuk berjumpa dengan pegawai atasan  bertugas tetapi dia tidak membenarkannya. Saya hairan mengapa TNB hanya membuat anggaran terhadap bil elektrik kami. Mereka tidak pernah datang untuk membaca meter. Saya ingin tahu, apa yang TNB lakukan ini tidak salah di sisi undang-undang”katanya.
Caption
Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Hadzir Abdullah (kiri) membuat lawatan dan berjumpa dengan beberapa peniaga runcit yang bermasalah.

Ahad, 13 Februari 2011

Majlis Jamuan Makan Sempena Menyambut CNY 2011

Ahad 13-Feb. Dewan Perhimpunan Cina (Kulim Bandar Baharu) telah mengadakan satu majlis jamuan makan sempena menyambut tahun baru cina peringkat Parlimen Kulim Bandar Baharu di dewan Cina Bagan Samah di Bandar Baharu. majlis tersebut telah di rasmikan oleh YB Ahmad Bashah Md Hanifah. Jumlah kehadiran pada majlis tersebut seramai lebih kurang 500 orang. Majlis tersebut bermula dari jam 2:00 petang dan tamat lebih kkurang 4:00 petang.


Majlis Penyerahan Buku Akaun Tabung Haji

Ahad - 13hb Februari seramai 650 pelajar sekolah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang telah menerima buku akaun tabung haji. Majlis penyerahan buku akaun tersebut telah di sempurnakan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pendidikan dan Kecemerlangan Negeri Kedah CERDIK Dato' Abd.Aziz Bin Hj Sheikh Fadzir merangkap Penyelaras Parlimen Kulim Bandar Baharu. Turut hadir dalam majlis tersebut Dato'Hussin bin Hj.Abd.Rahman dan Pengurus Tabung Haji Daerah Kulim Bandar Baharu.



Bacaan Ikra Rukun Negara

Ucapan Daripada Pengerusi CERDIK









Antara Peserta Yang Menerima

Cenderamata Penghargaan Kepada Pengerusi CERDIK

Antara Pelajar Yang Menerima Buku Akaun Tabung Haji

Isnin, 7 Februari 2011

Sambutan Tahun Baru Cina 2011 Anjuran MCA Kulim Bandar Baharu












Sambutan Tahun Baru Cina telah di adakan di Perkarangan Umah Ibadat Cina di Karangan Kulim. Sambutan tersebut telah di anjurkan oleh MCA Kulim Bandar Baharu pada Feb-04-2011. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Pengerusi MCA Negeri Kedah. Turut hadir pada majlis tersebut UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu dan juga orang kampung termasuk semua kaum.

Selasa, 1 Februari 2011

Majlis Gempur NKRA (1AZAM) Akhiri Zaman Miskin (Daerah Bandar Baharu Serdang)

Januari 30-2011 Ahad- Kulim Kedah. Satu program 1 AZAM (Akhiri Zaman Miskin) dan Majllis Gerak Gempur NKRA telah diadakan di Daerah Bandar Baharu Serdang Kedah yang bertempat di Dewan Perbandaran Bandar Baharu Serdang Kulim Kedah. Majlis tersebut telah diadakan dengan kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan juga UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Abd.Aziz Bin Hj Sheikh Fadzir Penyelaras Parlimen Kulim Bandar Baharu.
         Barangan sumbangan terdiri daripada Bakul-Bakul Nutrisi dan Beg sekolah. Sumbangan tersebut di beri kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan orang ramai yang memerlukannya di sekitar Bandar Baharu Serdang.