Hadzir tengah membuat lawatan dan melihat paras air sungai yang semakin naik |
KULIM
Head: Amaran berjaga-jaga hadapi banjir
SERDANG- Wakil Peribadi Kepada Penyalaras Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Hadzir Abdullah menasihatkan penduduk yang tinggal disekitar Sungai Krian terutama di kawasan Tebok Kelantan dan Permatang Kerat Telunjuk di Bandar Baharu untuk berjaga-jaga kerana paras air di sungai itu semakin naik ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Dari tinjuan dibuat ladang Kelapa Sawit Kampung Baru Bagan Samak, beberapa batas ban yang menjadi penghadang kepada air sungai dari melimpah masuk ke kawasan ladang kelapa sawit mula merekah dan ada diantaranya runtuh. Selain itu kebanyakan jalan tanah merah yang ada di ladang kelapa sawit itu turut dinaiki air sedalam 15.2 sentimeter.
Sekiranya pencegahan dan perancangan awal tidak diambil, penduduk akan berhadapan dengan masalah apabila berlakunya banjir. Beliau tidak menafikan Bandar Baharu sering berhadapan dengan banjir setiap tahun.
Untuk memastikan penduduk tidak berada dalam keadaan cemas, UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu mengambil tindakan segera dengan membuat pemantauan terhadap beberapa kawasan berisiko tinggi.
“Dari pemeriksaan dibuat terhadap beberapa batas ban yang ada disepanjang kawasan Lubok Kelantan, saya mendapati ada diantaranya mula menunjukkan keretakkan serius. Selain itu ada diantaranya sudah dihakis arus sungai. Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan dengan seberapa segera saya kuatir ia akan runtuh dan air dari sungai Krian akan masuk ke kawasan ladang kelapa sawit.
Apabila ini berlaku lebih banyak kampung akan terlibat dan kerugian yang alami oleh mangsa banjir lebih banyak. Saya meminta kerjasama Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) untuk menambak semula beberapa batas ban yang bermasalah. Selain itu paras air sungai Krian semakin naik dan ia boleh melimpah pada bila-bila masa sahaja sekiranya hujan berterusan. Saya minta penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir mengambil langkah-langkah segera sekiranya paras air sungai terus naik”katanya.
Menurutnya UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu telah bersedia berhadapan dengan masalah banjir dan memberikan bantuan kepada semua mangsa terlibat. Sehingga kini Penyalaras Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir turut turun padang dan cuba mengatasi permasalahan berlaku.
Caption
Hadzir tengah membuat lawatan dan melihat paras air sungai yang semakin naik